Tips & Info Cloth Diapers


APA ITU CLOTH DIAPERS?


·     Cloth diapers @ CD ialah sejenis kain lampin modenyg telah diupgrade supaya ia boleh  dibasuh dan digunakan semula. 


·     CD mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian luar dan dalam. 



·      Bahagian luar CD diperbuat daripada kain PUL dimana ia tidak menyerap air. Bahagian dalam pula diperbuat daripada microfleece yang dapat menyerap air dengan cepat dan cepat kering.

·     Fabrik ini mampu memberi keselesaan kepada bayi kerana ia sangat lembut dan dapat mengekalkan kekeringan.


·     Insert pula diperbuat drpd microfibre yang mampu menyerap air dengan banyak.




APA ITU AIO(ALL-IN-ONE)?



AIO adalah sejenis CD tanpa poket dimana Insert telah siap dijahit di dalam CD. So,tak perlula nak masukkan insert.Kerja jadi sangat mudah!  ;-)
Sesuai untuk ibubapa yang menghantar anak ke nursery/rumah pengasuh. jadi amat memudahkan kerja, terutama yg anta anak kat nursery / pengasuh. Fungsi ia sama dengan disposable diapers, cuma ia boleh dicuci...
 

CARA-CARA NAK PAKAI CD



*PERINGATAN!

1.  'Insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit   bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi. 
2. Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan.
3. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper).
4. Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD.
5. Untuk mengelakkan bakteria dan ruam lampin, tukar insert dan ‘microfleece’ skali.
6. Elakkan menggunakan sabun yg pekat spt Dynamo dan lain2...ini untuk megelakan masalah kurang penyerapan berlaku. Sabun yg pekat akan membuatkan ada lapisan sabun pada insert jika tidak dibilas dengan betul.




JADUAL WAKTU YANG DICADANGKAN UNTUK CD DALAM 1 HARI:
                             
    MASA
    JUMLAH INSERT
    6.00am - 9.00am
    1
    9.00am – 12.00pm
    1
    12.00pm – 3.00pm
    1
    3.00pm - 6.00pm
    1
    6.00pm – 9.00pm
    1
    Waktu tidur
    2




    CUCI-CUCI CD:

    1ST TIME PAKAI:

    PRE-WASH CD
    -Cuci CD dan insert sekurang2nya sebanyak 3X iaitu:
      Day 1: cuci (dgn sabun sedikit sahaja) n jemur.
      Day 2: cuci (dgn air shj) n jemur.
      Day 3: cuci (dgn air shj) n jemur.
      Day 4: Boleh pakai ;-)
               
    (Tujuan pre-wash ini untuk memberikan daya serapan insert yang lebih kuat).

    DAILY USED:

    1.   Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari pocket CD.
    2.   Jika tiada poo-poo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam laundry bag, kemudian dimasukkan dalam mesin basuh seperti biasa. (berus tidak digalakkan terutama berus sabut)
    3.   Jika ada poo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo dan boleh lah dibasuh seperti langkah 2.
    4.   Jika insert yang telah di cuci tp masih nampak agak kekuningan, jemurkan sahaja di kawasan yg mendapat cahaya matahari yg panas. Matahari adalah peluntur yg baik.
    5.   Kemudian, bolehlah dijemur seperti biasa di ampaian@ dibawah kipas kerana  CD mudah  kering.

    Tips!
    *untuk memudahkan, anda boleh menggunakan nappy liner, so, poo-poo x melekat trus pada microfleece..


    PENJAGAAN CD


    • JANGAN cuci CD dengan sabun yang mengandungi enzyme @ pemutih @ softener.
              (enzyme boleh mengurangkan daya serapan insert anda)

    • Pastikan CD yang dibasuh menggunakan mesin basuh, dimasukkan ke dalam laundry bag dahulu sebelum dibasuh.

    • Jika CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.

    • Simpanan tidak boleh lebih dari 3 hari.

    • Sebulan sekali, lakukan 'stripping'.   (Dibersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dan juga insert dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyak contoh 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dan insert dapat berfungsi dengan baik. Biasanya CD yang sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' dan insert kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece' dan insert. 



    KEBAIKAN CD



    0 comments: